Followers

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

on Tuesday, October 14, 2014


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah

Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat

on Wednesday, February 19, 2014



Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat. Dalam islam seluas-luas pintu adalah pintu taubat. Allah S.W.T tidak akan jemu untuk mengampunkan hambaNya selagi hambNya percaya bahawasanya Allah S.W.T adalah satu-satunya Tuhan Yang Maha Mengampunkan hambaNya.

Dalam kalangan kita,mungkin ramai yang ingin bertaubat namun tidak tahu ke mana arah untuk mencari panduan. Berdampinglah dengan orang-orang soleh, jagalah solat, bacalah Al-Quran.

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.



Cara melaksanakan solat taubat :

1.  Niat Solat Taubat:



“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun

Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:



“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:

a.

Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

b.

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

c.  Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:



“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

5.  Baca Doa Taubat

Tidak ada bacaan doa khusus selain dari istighfar selepas solat. Berdoa memohon ampun daripada Allah swt. Boleh jadikan Penghulu Istighfar sebagai doa..

MASA

Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.

8 Keajaiban Solat Tahajud



Solat Tahajud

Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam.Pesanan Dari Imam Nawawi:

“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”

Keajaiban Solat Tahajud

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.  Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :

 1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).

2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu,  mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)

4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)

5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)

6. Penghapus dosa 
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)

7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”

8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)

Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.

Nabil Ahmad Terkejut Dapat Rumah Lebih RM1 Juta

on Wednesday, October 30, 2013


PETALING JAYA: Hasrat pelawak Nabil Ahmad untuk membeli sebuah kondominium Antara di Persiaran Gurney, Kuala Lumpur membawa tuah apabila pemaju perumahan itu bersedia memberikan rumah berkenaan secara percuma bernilai RM1.036 juta.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 29, berkata, pada mulanya dia sekadar ingin bertanya mengenai kondominium yang ingin dibelinya itu tetapi pihak pemaju, sanggup memberikannya satu unit percuma jika dia bersedia menjadi duta perumahan itu.

"Saya terkejut kerana pada asalnya saya sekadar melakukan 'house hunting' dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.

"Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan saya sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu," katanya.

Tambah Nabil, kondominium tersebut masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2016.

Dalam pada itu, Nabil menyifatkan pemberian kondominium tersebut merupakan hadiah terbesar yang pernah diterima sejak bergelar selebriti, lima tahun lalu.

Malah ia juga sebahagian daripada rezeki anaknya, Naera Mikayla yang akan berumur setahun pada 25 November ini.

Sementara itu, Nabil berkata, dia kini bergiat aktif dalam membuat pelaburan hartanah selepas didorong oleh rakan-rakannya dan sudah memiliki tiga buah rumah termasuklah kondominium berkenaan.

"Saya juga banyak belajar daripada seorang lelaki yang hebat dalam pelaburan hartanah bernama Ahyat Ishak.

"Dan setakat ini saya telah membeli sebuah kondominium di Jalan Duta (Kuala Lumpur), dan rumah itu dihadiahkan kepada emak saya. Manakala sebuah lagi di Ara Damansara yang mana di situ saya tinggal bersama isteri (Nazirah Ayub)," tuturnya.

Nabil juga merupakan duta kepada kasut jenama Vans sejak dua tahun lalu. - mStar

Banjir di Cameron Highlands - 3 maut, seorang hilang (gambar)

on Wednesday, October 23, 2013

CAMERON HIGHLANDS:  Tiga terbunuh - dua daripadanya lemas manakala seorang lagi akibat serangan jantung - dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet di sini awal hari ini. 

Kejadian pada 1 pagi itu turut menyebabkan seorang wanita Indonesia hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki cedera. 
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Mohd Zahari Wan Busu, berkata arus deras dan banjir kilat itu memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.

Dua yang mati lemas ialah lelaki Bangladesh dikenali sebagai Jahangir, 30-an, dan wanita Indonesia yang hanya dikenali sebagai Kesmat, 46. 

Satu mayat ditemui di dalam sebuah rumah dan satu lagi di bawah runtuhan rumah yang lain. 

Lelaki yang mati akibat serangan jantung ialah Tan Tuck Choi, 51. Dia mati dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Kalsom di sini, awal pagi ini. 

Mohd Zahari berkata mangsa yang masih hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dikenali sebagai Jarwati, 17, manakala lelaki yang cedera Ho Kim Way, 38, kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. 
"Ho cedera ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian itu," katanya. 

Kawasan yang terlibat dalam kejadian itu menempatkan rumah penduduk dan rumah setinggan berhampiran kebun sayur. 

Berikutan kejadian itu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Lembah Bertam ditutup hari ini. 

Terdahulu Mohd Zahari berkata air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam. 

Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan mengakibatkan banjir kilat. 

Beliau berkata berikutan kejadian itu, sebanyak 54 orang dari 12 keluarga dipindahkan ke dewan orang ramai Ringlet. 

Sementara itu Timbalan Penguasa Balai Bomba Zon 3 Pahang Yusmaizi Zulkifli berkata paras air normal di empangan itu ialah 3.498 meter dan pelepasan air dilakukan ketika paras air mencecah 3.508 meter. 

Tinjauan Bernama hari ini mendapati cuaca panas sehingga tengah hari bagaimana hujan renyai mula turun pada sebelah petang. 

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G.Palanivel turut melawat kawasan kejadian dan memaklumkan bantuan akan disalurkan dalam masa terdekat. 
- BERNAMA










101 MUTIARA KATA KEHIDUPAN YANG WAJIB KITA BACA.

on Friday, October 4, 2013



Terkadang mutiara kata atau bait-bait kata seumpama ini tidak sekadar suatu pembacaan sahaja. Namun lebih daripada itu untuk kita fahami apakah sebenar maksud yang tersirat disebalik kata-kata tersebut. Jom sama-sama kita hayati mutiara kata di bawah ini :

1. Don’t put until tomorrow what you can do today - Jangan menunda pekerjaan sampai esok kalau boleh disiapkan di hari ini.

2. Jangan bermimpi jadi kucing kalau tidak pernah jadi tikus - Jangan pernah memaksakan diri jadi pemimpin kalau belum pernah merasakan perjuangan menjadi pengikut/staf/anak buah. Kata mutiara ini sama dengan “a good leader comes from a good follower” (Pemimpin yang bijak lahir dari pengikut yang setia)

3. Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ – Kemarin adalah sejarah, esok adalah sebuah misteri dan hari ini adalah sebuah hadiah (Inspiring word yang dikutip dari master Oogway - film Kung fu Panda)

4. Janganlah anda menjadi buih yang pecah apabila melanda pantai, tetapi jadilah angin yang sanggup melahirkan gelombang.

5. Anda tidak selalu dapat mengubah orang lain, tetapi anda dapat mengubah bagaimana anda menanggapi mereka.

6. Gunakan waktu anda semaksima mungkin, maka dihari tua anda tidak akan mengatakan, “Seandainya saya masih muda.”

7. Kita tidak harus mengorbankan harga diri agar disukai orang lain.

8. Kehidupan adalah berkat, kerananya nikmatilah. Jangan menyesal masa lalu dan takut akan masa depan.

9. Peduli pada orang lain bermula dengan peduli pada diri sendiri.

10. Setiap masalah ada jalan keluarnya, setiap konflik ada solusinya, setiap krisis mengandung peluang (Presiden SBY)

11. If you work for money, you give the power to your employer. If money work for you, you keep and control the power - Jika anda bekerja untuk wang, maka anda telah memberikan kuasa kepada pekerja / kakitangan anda. Tapi jika wang bekerja untuk anda, maka anda lah yang memegang dan mengawal kuasa (Robert T.Kiyosaki)

12. Penyakit bangsa kita yang paling parah adalah mentaliti 'kalau boleh ditegah kenapa dipermudah(Presiden SBY)

13. Jangan pernah gadaikan diri untuk jabatan (Menlu Hassan Wirajuda)

14. Don’t judge the book by its cover - Jangan menilai buku hanya dari kulitnya saja (Dipopularkan oleh Tukul Arwana)

15. Luck is a matter of preparation meeting opportunity - Keberuntungan adalah sesuatu dimana persiapan bertemu dengan kesempatan (Oprah Winfrey)

16. Humor tidak hanya berguna bagi orang yang menggunakannya tetapi juga untuk menyenangkan orang lain.

17."Berkata benar sangat menyulitkan bahkan berisiko ditolak. Tetapi itulah satu-satunya pilihan jika kita ingin menjalinkan sebuah hubungan yang baik."

18. Self? trust is the first secret of success - Percaya diri adalah rahsia pertama sebuah kejayaan (Ralph Waldo Emerson)

19. Persahabatan itu seperti tangan dengan Mata. Saat tangan terluka, Mata menangis. Saat Mata menangis, tangan menghapusnya..

20. Hadapilah nikmat dengan syukur, dan terimalah musibah dengan sabar.

21. Ukurlah kemampuan diri, kerana makan berlebih akan muntah, dan memikul melebihi kekuatan akan patah

22. To handle yourself, use your head; to handle others, use your heart - Untuk mengatasi diri anda gunakan kepala anda, untuk mengatasi orang lain gunakan hati anda (Donald Laird)

23. Everybody thinks of changing humanity and nobody thinks of changing himself - Semua orang memikirkan untuk merubah dunia dan tidak ada yang memikirkan merubah dirinya sendiri (Leo Tolstoy)

24. Anak lebih memerlukan bimbingan dan simpati dari pada instruksi.

25. Sering kali manusia hanya menghitung kesulitannya – bukan kebahagiaannya.

26. Diam lebih baik daripada berdebat dengan orang?orang bodoh. ? Abu ‘Ali bin Miskawa’ih ?

27. Smile is the shortest distance between two people. Senyum adalah jarak yang terdekat antara dua manusia .

28. You have to endure caterpillars if you want to see butterflies. - Anda harus tahan terhadap ulat jika ingin dapat melihat kupu?kupu. (Antoine De Saint)

29. Mistakes are the portals of discovery - Kesalahan adalah portal menuju suatu penemuan (James Joyce)

30. Leadership is doing what is right when no one is watching - Kepemimpinan adalah mengerjakan sesuatu yang benar ketika tidak ada orang yang melihat (George Van Valkenburg)

31. Only the man who is in the truth is a free man. Hanya orang yang berada dalam kebenaranlah orang yang bebas.

32. Tiada mungkin kemuliaan diraih dengan kesombongan. Kemuliaan diraih kerana dengan ketundukkan & kerendahan hati.

33. Kuasai rasa takut dan rebut peluang yang ada.

34. Anda berhenti memimpin ketika anda berhenti belajar.

35. Jadikan persaingan menjadi bagian nikmat dari Allah ygbisa membuat diri
kita semakin lebih baik & membuat kita mampu berbuat yg terbaik.

36. He who never made a mistake, never made a discovery - Siapa yang tidak pernah berbuat salah, tidak pernah mendapat penemuan/pembelajaran (Samuel Smiles)

37. Setiap pengalaman pahit akan menghasilkan ketabahan yang akan menutupi kelemahan kita.

38. Harta itu makin lama didiamkan makin bertambah usang sedangkan ilmu itu tidak dapat lapuk dan usang.

39. Tiada manfaat hidup dengan sibuk membicarakan orang lain yang menjadikan tidak sempat berbicara dengan jiwa kita sendiri.

40. The danger of small mistakes is that those mistakes are not always small. - Bahayanya kesalahan?kesalahan kecil adalah bahawa kesalahan?kesalahan itu tidak selalu kecil. Kesalahan kecil boleh mengakibatkan kesalahan yang lebih besar. Bersamaan dengan kesalahan itu, persoalannya boleh menjadi besar pula. Maka kesalahan kecil pun harus segera dibetulkan.

41. The future depends on what we do in the present - Masa depan tergantung pada apa yang kita lakukan saat ini (Mahatma Gandhi)

42. Tantangan kepemimpinan adalah menjadi baik hati bukan lemah, rendah hati bukan pemalu.

43. To be silent is the biggest art in a conversation. Sikap diam adalah seni yang terhebat dalam suatu pembicaraan.

44. Orang yang luar biasa itu sederhana dalam perkataan, tetapi hebat dalam tindakan dan perbuatan.

45. Dig a well before you become thirsty. - Galilah telaga sebelum Anda merasa haus.

46. Kita dilahirkan untuk bekerjasama, seperti kerjasama antara kaki, tangan, alis, dan rahang bagian atas serta bawah.

47. To control your cow, give it a bigger pasture -Untuk mengawal lembu anda, letakkan pada ladang rumput yang luas (Suzuki Roshi)

48.Jika engkau mencintai dirimu, janganlah engkau memberikannya masa untuk melakukan keburukan.
( Aristoteles )

49. Ideas are only seeds, to pick the crops needs perspiration. - idea hanyalah benih, untuk menuai hasilnya memerlukan usaha.

50.Musuh yang sangat berbahaya di dunia ini adalah perasaan penakut dan bimbang. Teman yang paling setia hanyalah keberanian dan keyakinan yang teguh.

51. Bertindak dengan nafsu sama dengan berlayar ke lautan di waktu badai dan taufan sedang menganas.

52.Entah kita gagal atau berjaya tidak menjadi masalah; yang penting adalah cara kita menghadapinya.

53. Those who are able to control their rage can conquer their most serious enemy. - Siapa yang dapat menahan marahnya mampu mengalahkan musuhnya yang paling berbahaya.

54. Banyak orang yg melihat epal jatuh tapi hanya Newton yang tanya mengapa?

55. Orang yang mengetahui dirinya telah berdusta, dia tidak akan percaya
kepada orang yang jujur. ( Alexander dari Aphrodisias )

56. Kemampuan kita untuk berhasil didasarkan pada kesediaan kita untuk mengalami kegagalan.

57. Tantangan kita yg pertama sebenarnya bukan kegagalan, melainkan pikiran takut gagal.

58. You recognize birds from their singing, You do people from their talks - Anda mengenal burung dari kicauannya, manusia dari kata-katanya.

59. Terlalu takut berbuat salah dapat menyebabkan Anda berhenti berusaha.

60. Benar, bahawa dalam hidup ini kita pasti memerlukan orang lain. Itu pasti! Tetapi menikmati hidup dengan membebani orang lain adalah hidup yang tidak mulia.

61.Watak emas tidak perlu dilapisi dengan emas.

62. Percaya bahawa kita mempunyai peluang untuk meraih kejayaan akan menajamkan visi mental kita.

63. Menuliskan tujuan akan sangat membantu dalam menjaga alasan melakukan sesuatu.

64. Kunci pengurusan masa yang efektif: mengeset keutamaan dan tumpuan pada satu pekerjaan pada satu masa.

65. Jangan menyuruh orang lain sebelum menyuruh diri sendiri, jangan melarang orang lain sebelum melarang diri sendiri.

66. Kalau hati tertutup, maka dunia ini menakutkan. Melihat wang takut tidak mendapat bahagiannya. Ketika sudah dapat, justeru takut hilang.

67. Pemimpin yang amanah akan bertanggung jawab terhadap perkara sekecil apapun. Setiap berkata benar? benar tak ada keraguan, tak meremehkan waktu walau sedetikpun.

68. Orang yang bersyukur selalu berjuang untuk menjadi suri tauladan

69.Orang yang bercita-cita tinggi adalah orang yang menganggap teguran keras baginya lebih lembut daripada sanjungan merdu seorang penjilat yang berlebih-lebihan.( Thales )

70. Semakin banyak seorang pemimpin mendedahkan rahsia dan kekurangan orang lain, semakin jatuh pula kredibiliti pemimpin tersebut.

71. Orang yang sanggup memelihara lisannya akan lebih kuat wibawanya dari pada orang yang gemar membelanjakan? Hamburkan kata? Kata, tetapi kosong makna.

72. Sebuah persahabatan tak dapat diperjual? harganya hanya boleh didapati dengan kesetiaan.

73. Bocor kecil bisa menenggelamkan kapal besar.

74. Manusia yang selalu mencari kekurangan? kekurangan orang lain adalah manusia yang lebih banyak kekurangannya daripada kelebihannya

75. Jangan lihat siapa yang menyampaikan, tapi lihat apa yang disampaikannya. (? Abu Al?Hasan ‘Ali bin Abi Talib ra )

76. Berusahalah sentiasa agar kata? Kata yg kita ucapkan benar? Benar bersih dari penambahan? Penambahan dan kejuruteraan yg tiada ertinya.

77.Seorang kawan yang mendampingi kita pada saat kesulitan lebih baik dari pada seribu kawan yg mendampingi kita pada saat kebahagiaan.

78. Ambillah bahan bakarnya, maka apinya akan padam sendiri.

79.Putus asa adalah kesalahan fatal manusia kerana di dalam kesusahan ada hikmah yang sangat besar.

80. Jangan kita bercakap tanpa akal dan jangan bekerja tanpa perancangan kerana hasilnya akan kecil dan lebih jauhnya sangkaan.

81. Pastikanlah bahwa kepala Anda tidak lebih tinggi dari topi Anda. – Vergill

82. Ada dua hal yang harus Anda lupakan: Kebaikan yang Anda lakukan kepada orang lain dan kesalahan orang lain kepada Anda. ?

83. Orang yang takut mati tidak akan luput dari kematian dan ketehuilah orang yang mencintai dunia juga tidak akan hidup kekal.

84. Orang yang rela mengorbankan kemerdekaannya bererti ia mengorbankan sifatnya sebagai manusia.

85. Berjaya seringkali datang pada mereka yang berani bertindak, dan jarang menghampiri penakut yang tidak berani mengambil kesan. ( Jawaharlal Nehru )

86. Wahai nafsu mengapa kamu bergembira dengan bertambahnya harta, sedangkan umur mu setiap hari semakin berkurang.

87. Bila masa ini kita belum berjaya dan berjaya boleh jadi kerana kita belum bekerja keras, berfikir cerdas dan beramal dengan benar.

88. Semua yang bermula dengan rasa marah, akan berakhir dengan rasa malu. ( Benjamin Franklin )

89.Apabila menunda amal soleh bererti kita sedang menunda kejayaan dan kebahagian.

90. Orang yang paling muflis dalam hidupnya adalah orang yang kehilangan semangat dalam hidupnya.

91. Apabila kita memperoleh pangkal kenikmatan janganlah kita menghilangkan hujungnya kerana hal itu merupakan tanda tidak bersyukur.

92.  Pendengki itu tidak akan pernah merasa tenang, dia adalah orang yang zalim yg memakai baju orang yg dizalimi, dan musuh yang mengenakan baju teman.

93. Kenali kekurangan diri sendiri agar tidak sombong dan ketahui kelebihan diri sendiri agar tidak rendah diri.

94. Don’t wait for your ship to come in, swim out to it - Jangan pernah menunggu perahu menghampiri anda, berenang lah ke perahu itu.

95. Seseorang mulia bukan kerana apa yang dimilikinya tapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat bagi orang lain.

96. Orang nescaya akan didengar & dihormati jika mempunyai kesedaran terhadap sesama, kerananya bangun kepekaan akan keadaan orang lain walaupun hal? Hal yang kecil.

97. Tidak memberi manfaat apa-apa dari yang kita sampaikan jika tidak kita lakukan, kerana orang mahu mendengar jika melihat realiti ada pada kita.

98.Lihatlah orang? orang yang berjaya mencapai puncak kejayaan pasti mereka bukan orang yang malas dan tidak disiplin.

99.Keberanian untuk mengatakan yang benar sekalipun itu pahit menunjukkan kedalaman ilmu dan kekuatan iman.

100. Tidak ada pelaut ulung yang dilahirkan dari lautan yang tenang, tapi ia akan dilahirkan dari lautan yang penuh terpaan badai, gelombang dan taufan ( D Farhan Aulawi ). Sumber: By Google

 101. Cita-cita dan angan-angan adalah dua perkara yang berbeza, angan-angan boleh membuat seorang menjadi gila, sementara cita-cita mungkin boleh menyembuh seseorang daripada gila.

16 Fakta Menakjubkan Bayi Baru Lahir

on Monday, March 18, 2013

16 Fakta Menakjubkan Bayi Baru Lahir
FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG BAYI BARU LAHIR



1# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

2# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9# Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13# Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

50 Fakta Menarik Seluruh Dunia

on Sunday, March 17, 2013



FAKTA - OH FAKTA !!!

1.      Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaph obia adalah ketakutan pada hari jumat tanggal 13 (bisa terjadi antara 1-3 kali setahun). di Italia, 17 adalah angka malang. di Jepun angka yang dianggap malang adalah 4.

2.      Lidah zirafah panjangnya lebih kurang 50 cm.

3.      Mulut menghasilkan 1 liter ludah setiap hari.

4.      Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari 

5.      Kata ZIP (kode pos) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.

6.      Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.


7.      Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri).


8.      Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita akan merasa haus.


9.      4 simbol Raja pada daun terup melambangkan 4 raja yang terkenal di zaman masing-masing: “Ace”= David/Raja Daud ; “Kelawar” = Alexander the Great/Iskandar Agung ; Hati = Charlemagne/ Raja Prancis ; Diamond =Julius Caesar.


10.  Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75,000 liter.


11.  Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.


12.  Sebelum Masehi, Bahasa Inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini).


13.  Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam 
waktu 24 jam.

14.  Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman.


15.  Nama mobil Nissan berasal dari bahasa Jepun iaitu Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23


16.  Zirafah dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta.


17.  Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri.


18.  98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.


19.  Semut dapat mengangkat beban 50 kali daripada berat tubuhnya sendiri.


20.  Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana.


21.  Titik diatas huruf i disebut ‘title’.


22.  Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi hampas segarnya akan bergerak naik turun dalam gelas.


23.  Benjamin Franklin anak bongsu dari orangtua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.


24.  Titik merah pada logo 7-Up berasal dari penciptanya yang bermata Merah dan albino.


25.  Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita sebanyak 70 helai.


26.  Lambang/ikon ’save’ pada program Microsoft Office menunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik.


27.  Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka (Elsa 
Löwenthal dan Emma Wedgewood).


28.  Unta mempunyai 3 kelopak mata.


29.  Jangkahayat sehelai rambut di kepala kita adalah 2 hingga 6 tahun sebelum digantikan dengan rambut baru.

30.  Seseorang masih dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal kepalanya.


31.  Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat mata kita 
berkedip. Kita mampu berkedip 5kali dalam sesaat.


32.  Coklat dapat membunuh anjing kerana ia dapat mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya.


33.  Tanpa kehadiran air liur di dalam mulut, kita tidak dapat merasa makanan.


34.  Kuku di tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku di kaki.


35.  13% orang di dunia adalah kidal.


36.  Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan.


37.  Berat kepala bayi yang baru lahir hanyalah 1/4 dari berat tubuhnya.


38.  Kita sebenarnya melihat dengan otak. Peranan mata hanyalah seperti kamera yang menghantar maklumat/data ke otak. 1/4 bahagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata.


39.  Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat 
dirinya sendiri.


40.  Tahun 1830-an, sos tomato biasa dijual sebagai ubat.


41.  Tiga monyet bijak mempunyai nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru 
(Speak no evil).

42.  India mempunyai undang-undang hak untuk lembu.


43.  Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang telinga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami pecah pembuluh nadi di kepala serta leher dan terus mati . Jika mata dipaksa terbuka di saat bersin, bola mata kita boleh melompat keluar.


44.  Nama negara Filipina adalah berasal dari nama Raja Phillip.


45.  Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud.

46.  Kanak-kanak mempunyai 20 gigi susu. Orang dewasa pula mempunyai 32 gigi kekal.


47.  Disebabkan rangkanya diperbuat daripada logam, maka piala Oscars yang dibagikan pada perang dunia 
ke-2 diperbuat daripada kayu.


48.  Setiap kitaran 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Kitaran ini dinamakan sebagai “Solarmax”.


49.  Terdapat 318,979,564, 000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.


50.  Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi.

Wawa Semput (2013) [Malay] Watch Online

on Friday, February 15, 2013




Wawa kecewa dengan sikap Bobby yang kembali merempit mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamanya. Ismat cuba memenangi hati Wawa dan mengikut Wawa pulang ke kampung. Ismat dan Bobby pula kena bersaing untuk memikat hati Wawa dan juga bapa Wawa. Segala konflik mula ditambah dengan kemunculan Ayuni yang dilakonkan oleh Adibah Yunus telah jatuh cinta terhadap Ismat.

KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM) KE 19 - 2012

on Wednesday, November 21, 2012



Seperti biasa, ada kemenangan yang sudah dijangka dan ada juga yang sebaliknya. Namun apa pun, tahniah kepada semua pemenang Anugerah Industri Muzik ke 19 ( AIM 19) . Ini dia Keputusan penuh AIM 19:
Anugerah Lagu Nasyid Terbaik : Doa
Artis : Nora,
Komposer : Gjie Sixth Sense,
Lirik : Lukhman S
Anugerah Lagu Pop Etnik Terbaik : Kuasa Cinta
Artis : Noraniza Idris & Black,
Komposer : Edrie Hashim,
Lirik : Ahmad Fedtri Yahya
Anugerah Lagu Hip Hop Terbaik : Aku Maafkan Kamu
Artis : Jamal Abdillah & Malique,
Komposer : Malique & Tripluz,
Lirik : Malique
Anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik : Counting Days
Artis : Jacyln Victor,
Lirik : Aubrey Suwito & Lin Li Zhen ,
Komposer : Aubrey Suwito)
Anugerah Artis Baru Terbaik :
Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
Anugerah Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu :
Forteen (Seperti Dulu)
Anugerah Video Muzik Terbaik : Sparkle
Pengarah : Quak Shin Quan, Artis : Yuna
Anugerah Lagu Pop Terbaik : Patah Seribu
Artis : Shila Amzah,
Lirik : Shila Amzah, Komposer : Shila Amzah
Anugerah Lagu Rock Terbaik : Idola
Artis : Azlan & The Typewriter ,
Lirik : Durk, Komposer : Audi Mok
Anugerah Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yg Dipersembahankan Artis Luar Negara :
Sudah Cukup Sudah (Artis : Nirwana Band)
Anugerah Kulit Album Terbaik :
Even Odds Sdn. Bhd. – Mizz Nina Album Take Over
Anugerah Rakaman Album Terbaik :
Rahmad Ayob – Nora Album Hikmah
Anugerah Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu :
Aubrey Suwito – Counting Days Jacyln Victor
Anugerah Kembara : Mizz Nina
Anugerah Sri Wirama : Alleycats
Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki :
Jamal Abdillah Lagu Bahagia Sementara
Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita :
Jacyln Victor Lagu Counting Days
Anugerah Album Terbaik : Salam Muzik
Anugerah Lagu Terbaik : Patah Seribu (Shila Amzah)

PE3 Watch Online And Download

on Wednesday, November 14, 2012



PE3 mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry. Kesemua mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing. Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan ketua mereka. Dalam pada itu, Megat turut mempunyai seorang pembantu yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi. Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin dengan Lina, adik kandung Megat. Megat sentiasa menyusun dan merancang aktiviti rompakan yang memberi pulangan tinggi kepadanya. Antara aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan Megat adalah seperti merompak kereta mewah, merompak bahan-bahan yang berkaitan dengan alatan komputer, wang tunai dan sebagainya. Memiliki kumpulan yang cekap dan licik membuatkan mereka sentiasa terlepas dari pihak berkuasa. Dalam masa yang sama berbagai kejadian berlaku. Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menjalankan rompakan yang dirancang. Namun begitu, rancangan rompakan yang ingin mereka lakukan akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Adakah kumpulan ini dapat meloloskan diri atau sebaliknya?



Aznil Terima Pingat Johan Setia Mahkota



Aznil Terima Pingat Johan Setia Mahkota : Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke -50 tahun, pengacara popular negara, Aznil Hj Nawawi telah dikurniakan pingat Johan Setia Mahkota (JSM) oleh DYMM Yang Dipertuan Agong, Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

“Sekecil mana anugerah yang diberikan kepada saya, ianya satu benda yang amat saya hargai. Saya bersyukur kerjaya saya telah dipandang dan dihargai serta dikenan oleh Agong,.

“Sekitar tahun 2008, saya telah dikurniakan anugerah Johan Mahkota Wilayah. Sekarang ini, pingat JSM pula. Kedua-dua pingat ini sangat bermakna buat saya. Apatah lagi, ia dikurniakan serentak dengan hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-50,” katanya kepada wartawan kelmarin.

Apa yang lebih mengharukan Aznil apabila pihak pengurusan Astro turut mengadakan majlis hari jadi buatnya yang dianjurkan secara mengejut hingga dia hampir menitiskan air mata.

“Semasa saya dihantar Astro ke Afrika Selatan minggu lalu untuk menjadi pemerhati program Fear Factor, mereka telah mengadakan sebuah majlis hari jadi secara mengejut untuk saya di sana.

“Hari ini pula, selepas saya terima anugerah, saya dikejutkan pula dengan sambutan dengan majlis hari jadi yang begitu meriah sekali,” ujarnya yang kini memegang jawatan sebagai Naib Presiden dan Ketua Ambossador Astro.

Aznil dalam pada itu turut mengakui dia terkejut apabila mendapat tahu pembantu rumahnya telah melarikan diri ketika dia berada di Afrika Selatan.

“Waktu saya dapat tahu berita ini, saya rungsing dan tidak tentu arah. Namun, saya bersyukur kerana ibu saya tidak mengalami sebarang masalah atau pun cedera. Saya berharap pembantu itu warga Indonesia itu dapat diberkas dengan segera.

“Setakat ini, saya masih belum menerima sebarang laporan sama ada pembantu rumah itu dapat ditangkap atau pun tidak,” jelasnya.

Aku Terima Nikahnya Watch Online And Download

on Saturday, November 3, 2012


Sebuah kisah cinta tragis di antara Johan (Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish), yang berhadapan dengan dugaan terbesar dalam hidup mereka. Johan dan Arlisa baru sahaja selamat diijabkabul dan seperti pasangan lain, mereka melalui bulan-bulan yang indah dalam hidup mereka. Namun, tragedi yang tidak disangka-sangka menimpa Johan. Johan yang kemalangan disahkan mengalami Selective Amnesia yang mana dia ingat semua perkara hanya sehingga Johan berusia 31 tahun yang mana dua tahun sebelum dia mengenali Arlisa. Johan yang langsung tidak mengingati Arlisa bertindak menjauhkan diri daripada isterinya sendiri. Namun Arlisa tidak pernah putus asa berusaha supaya Johan mengingati dirinya semula. Pertemuan Johan dengan Suriya (Mon Ryanti), kawan baik Arlisa menyebabkan Arlisa cemburu. Johan lebih mesra bergaul dengan Suriya berbanding dirinya, isteri kepada Johan. Sehinggalah satu hari Arlisa terserempak dengan Suriya dan Johan dalam keadaan yang mencurigakan. Arlisa mula berasa penat untuk mengejar Johan yang tidak pernah menghargai dirinya. Adakah Arlisa akan mengalah dan melangkah pergi? Adakah Johan akan mengingati semuanya kembali?




Rahsia Yang Mengejutkan Tentang Kartun Ben 10

on Wednesday, October 31, 2012




Siapa sangka di sebalik kehebatan hero pujaan kanak-kanak, Ben Tennyson atau lebih dikenali sebagai Ben 10, terselit rahsia yang mengejutkan.

Rupa-rupanya, si peminjam suara untuk karakter popular itu adalah seorang wanita dikenali sebagai Tara Strong. Lebih mengejutkan, Tara bukanlah anak gadis, sebaliknya dia bakal mencapai usia 40 tahun, tahun depan.

Ternyata, pelbagai reaksi diterima wanita ini apabila peminat kecil Ben 10 mendapat tahu siapa sebenarnya identiti peminjam suara watak pujaan mereka itu.

“Saya seronok melihat reaksi kanak-kanak lelaki. Ada yang marah dan tidak dapat menerima kenyataan selepas mengetahui pemilik suara Ben 10 adalah seorang perempuan.
“Ini bermakna, saya sudah melaksanakan tugas yang baik selama ini,” katanya yang mula meminjam suara untuk pelbagai produksi sejak usia 13 tahun.

Menceritakan pembabitan awalnya, Tara dilaporkan berkata, dia dihantar menghadiri uji bakat untuk peranan Hello Kitty oleh ejen yang berpusat di Toronto. Nasib Tara baik apabila dia diterima menyumbangkan suara untuk watak itu.

Sepanjang pembabitan dalam industri ini, Tara paling menggemari peranannya sebagai Melodi dari animasi The Little Mermaid 2.
Sememangnya, sudah menjadi impian wanita ini untuk terbabit dalam animasi berkenaan.


Mengapa tidak, dia dapat bekerja di samping bintang pujaan, Jodi Benson yang juga seorang penyanyi soprano, pelakon dan penyumbang suara untuk pelbagai projek animasi.

Menurut Tara, untuk menjadi seorang pelakon suara, individu terbabit perlu melengkapkan diri dengan menghadiri kelas pemantapan suara.

“Hadirlah sebanyak mungkin kelas yang anda boleh. Ini kerana lakonan suara juga suatu cabang seni lakon. Kami bukan hanya bertanggung jawab menyumbang suara, malah perlu mengkaji babak atau adegan.

“Kita juga perlu tahu bagaimana hendak beraksi secara spontan dan menyanyi,” katanya yang seronok melakukan tugas ini kerana tidak terikat dengan rutin kerja pejabat.

Sementara itu, sepanjang menyumbangkan suara untuk pelbagai projek animasi, Tara melihat watak Ben berbeza daripada watak budak lelaki lain.

Menurutnya, Ben 10 adalah seorang budak lelaki angkuh, tidak pernah mengenali erti takut dan suka memperkecilkan orang lain. Baginya, Ben 10 juga mempunyai tahap keyakinan diri yang sangat tinggi.


SENARAI AKHIR PENCALONAN ANUGERAH PLANET MUZIK 2012

Anugerah Planet Muzik akan berlangsung pada 15 Dec 2012, 8.30pm, The Max Pavilion, Singapura yang melibatkan artis 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia...



1. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (ARTIS BARU LELAKI)
1. Anji, (Hatiku) Berhenti Di Kamu
2. Awi Rafael, Bila Aku Jatuh Cinta
3. Budi, DoReMi
4. Hazama, Cinta Teragung
5. Sandy Canester, Lelaki Dungu

2. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (ARTIS BARU WANITA)

1. Dhisa, Cintaku Kamu
2. Lala Karmela, Kamu, Aku, Cinta
3. Najwa Latif, Cinta Muka Buku
4. Raisa, Serba Salah
5. Zahidah, Malam Ini

3. KUMPULAN BARU TERBAIK

1. Armada, Mau Dibawa Ke Mana
2. Audionauts, Maha Bisa Rahsia
3. Hazama & Amy Search, Semitri
4. PULSE!, Tetap Berazam
5. Salam Musik & Altimet, Alamak!

4. KOLABORASI TERBAIK

1. Aliff Aziz & Hao Ren, Dilema Cinta
Komposer: Choo Hao Ren
Penulis Lirik: Sha Kalam

2. Dayang Nurfaizah & Tompi, Perlukan Cinta
Komposer: Audi Mok
Penulis Lirik: Ad Samad

3. Hyrul Anuar & Mimi Fly One Nation Emcees, Sudah Mengapa
Komposer: Andi A. Merican & Khairafik Khairudin
Penulis Lirik: Hyrul Anuar

4. Ramlah Ram & SleeQ, Sesaat Kau Datang
Komposer: ID Mifzal
Penulis Lirik: Zie Shafruddin

5. Rossa & Taufik Batisah, Aku Bersahaja
Komposer: Taufik Batisah
Penulis Lirik: Taufik Batisah

5. ARTIS LELAKI TERBAIK

1. Afgan, Panah Asmara
2. Anuar Zain, Ajari Aku
3. Hafiz, Ku Akui
4. Once Mekel, Hilang Naluri
5. Sammy Simorangkir, Sedang Apa Dan Dimana

6. ARTIS WANITA TERBAIK

1. Agnes Monica, Rindu
2. Alyah, Kisah Hati
3. Astrid, Tentang Rasa
4. Shila Amzah, Patah Seribu
5. Yuna, Terukir Di Bintang

7. KUMPULAN TERBAIK

1. Geisha, Cinta dan Benci
2. Kesna, Pilihlah Diriku
3. Kotak, Tendangan Dari Langit
4. RAN, Mencuri Hati
5. Rausyanfikir, Rentak Hati

8. LAGU TERBAIK SINGAPURA

1. Coba, Snowball
Komposer: Sid Isman
Penulis Lirik: Sid Isman

2. Fatamorgana, Audionauts
Komposer: Malon, Ryzal, Sham & Zackey
Penulis Lirik: Malon, Ryzal, Sham & Zackey

3. Maha Bisa Rahsia, Audionauts
Komposer: Malon, Ryzal & Sham
Penulis Lirik: Malon, Ryzal & Sham

4. Malam Ini, Zahidah
Komposer: Zahidah
Penulis Lirik: Zahidah

5. Pulanglah, Awi Rafael
Komposer: Awi Rafael
Penulis Lirik: Awi Rafael

9. LAGU TERBAIK

1. Apa Bisa, Kotak
Komposer: Pay, Dewiq & Kotak
Penulis Lirik: Pay, Dewiq & Kotak

2. Kisah Hati, Alyah
Komposer: Manusia Putih
Penulis Lirik: Manusia Putih

3. Ombak Rindu, Hafiz & Adira
Komposer: Nurzaidi Abd Rahman
Penulis Lirik: Sharad Sharan

4. Sedang Apa dan Dimana, Sammy Simorangkir
Komposer: Mario Ricardo
Penulis Lirik: Mario Ricardo

5. Terukir di Bintang, Yuna
Komposer: Yuna
Penulis Lirik: Yuna

10. ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR
SG1: Aliff Aziz
SG2: Aryan
SG3: Audionauts
SG4: Awi Rafael
SG5: Didicazli
SG6: Diorama
SG7: Fauzie Laily
SG8: Hady Mirza
SG9: Imran Ajmain
SG10: Sezairi Sezali
SG11:SleeQ
SG12: Taufik Batisah

11. LAGU SINGAPURA PALING POPULAR
LP1: Cinta Yang Lain, Arus
LP2: Gila, Tujuh
LP3: Ku Tetap Kan Menunggu, Hady Mirza
LP4: Maha Bisa Rahsia, Audionauts
LP5: Membenam Pagi Tanpamu, Diorama
LP6: Menanti Cintamu, Revalina
LP7: Mengapa Kau Harus Pergi, Farhan Shah
LP8: Pulanglah, Awi Rafael
LP9: Salahkan, Hyrul Anuar
LP10: Sally The Lion, The Lion Story & The Sallys
LP11: Terlalu Sayang, Didicazli
LP12: Yang Teristimewa, Sheikh Haikel feat. SleeQ

12. ARTIS SERANTAU PALING POPULAR
AS1: Afgan
AS2: Agnes Monica
AS3: Aliff Aziz
AS4: Alyah
AS5: Hady Mirza
AS6: Hafiz
AS7: Judika
AS8: Shila Amzah
AS9: SleeQ
AS10: Taufik Batisah
AS11: Ungu
AS12: Yuna

13. LAGU SERANTAU PALING POPULAR
LS1: Beribu Sesalan, 3 Suara
LS2: Bukan Dia Tapi Aku, Judika
LS3: Kalau Cinta, Aliff Aziz & Joanna
LS4: Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Shahir
LS5: Kisah Hati, Alyah
LS6: Ku Pinang Kau Dengan Bismillah, Pasha Ungu & Rossa
LS7: Ku Tetap Kan Menunggu, Hady Mirza
LS8: Ombak Rindu, Hafiz & Adira
LS9: Paralyzed, Agnes Monica
LS10: Sedetik Lebih, Anuar Zain
LS11:Takkan Pernah Ada, Geisha
LS12: Tentang Rasa, Astrid

14. NEW MEDIA NOVA NOVA MEDIA BARU
MN1: Abdul Hamim Suleiman
MN2: Abdul Muttaleeb
MN3: Arien Nur Santi
MN4: Asya Yonce
MN5: Ayu Videl
MN6: Cassidy Anderson
MN7: Fairuz Selamat
MN8: Muhamad Wazini Bin Mohamed Taib
MN9: Muhammad Azri Syafiq
MN10: Muhammad Samsudian
MN11: Syazwiyanti
MN12: Yoseph Pradana

15. NEW MEDIA ICON IKON MEDIA BARU
MI1: Afgan
MI2: Alyah
MI3: Kotak
MI4: Najwa Latif
MI5: Sherina Munaf
MI6: Shila Amzah
MI7: SleeQ
MI8: Ungu
MI9: Vidi Aldiano
MI10: Yuna

Apa Itu Kolagen Dan Kenapa Perempuan Nak Sangat Benda Ni?



Hello gadis-gadis yang kekurangan kasih sayang sekalian. What's up?

Jika anda semua perasan, produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia (dan dunia) sebenarnya mengikut trend. Kalau dulu, untuk cantik semua pergi Yoga. Lipat kaki sana lipat kaki sini, puff badan jadi mantap. And then, selepas itu, kalau nak cantik lagi, pakai produk dari dR Rozmey. Minum beberapa gelas produk dR, badan akan jadi slim macam anak dara. Dan selepas itu, trend berubah kepada produk Herbalife. Shake-shake-shake dan anda kan mendapat result yang menawan hati. Tiga cara di atas memang terbukti bagus untuk kesihatan. Tapi rakyat Malaysia ni pesen mudah bosan. And bila dia bosan dengan produk dan cara tertentu, dia akan berubah ke produk yang lain.

Yang terbaru, trend di Malaysia (Mahupun dunia) adalah kolagen (Collagen). Actually, kolagen ni benda yang lama. Amat lama. Cuma, bila aku buka mata sikit, aku nampak orang di sekeliling aku dah mula bercakap pasal kolagen.

The Question is, Apa Itu Kolagen Dan Kenapa Perempuan Sanggup Beli Kolagen yang Mahal?

Well, kita semua tahu yang gegirl ni pesen nak nampak cantik dan mantap je setiap masa. Maklum la, bagi mereka kecantikan itu sumber keyakinan diri. Kalau nampak ada gadis lain yang lagi cantik dari dia, mesti dia jeles. Bila dah jeles tu, faham-faham la. Sure akan jadi drama ye tak? Sebab tu perempuan banyak drama. Haaa.

Untuk pengetahuan anda, bila seseorang itu (gadis atau jejaka) meningkat dewasa, banyak protein yang ada dalam kulit mula hilang. Bila dah hilang, kulit akan mula menjadi kedut dan bewarna kusam. So, apa kena mengena dengan kolagennya? Well, kolagen sebenarnya adalah sejenis protein yang ada pada kulit. Boleh dikatakan 80% dari kulit-kulit kita mengandungi kolagen. But apa akan jadi kalau kulit kekurangan kolagen tertentu? Well, anda akan jadi tua.


Sebab itu lah ada makcik-makcik yang pakai kolagen akan kata "Kolagen ni kasi awet muda wehh". Sebenarnya, kolagen ni umpama refill. Kolagen adalah protein yang terdapat dalam kulit. So, bila anda ambil supplement yang berunsurkan kolagen, ianya membuatkan kulit anda nampak cerah dan tak kedut sebab dia dah ganti protein yang dah hilang / kurang. Bila dah cerah dan tak kedut, korang akan nampak makin muda la kan? Itu je yang berlaku sebenarnya.

Siapa yang Patut Makan dan Guna Produk Kolagen?

Pelajar (Perempuan dan lelaki)
- Kolagen bagus untuk sesiapa yang ada masalah mudah lupa. Like me and Lefsak.

Artis / celebrity
- Semua manusia sukakan model / artis yang berkulit cantik. Admit it. Dan Shila Amzah ada produk kolagen dia sendiri. Ning Baizura juga kalau tak silap.

Mangsa kebakaran 
- Kolagen amat diperlukan untuk replace semula semua kulit yang dah terbakar / melecur.

Lelaki dan Wanita yang nampak tua (Or orang yang makin tua)
- Seseorang itu akan nampak tua bila kulit dia dah start berkedut dan jadi kusam kan? You will need this kolagen untuk counter masalah kulit yang berkedut dan rosak.

Perempuan yang baru lepas bersalin
 - Make sure your husband tak lari selepas dah dapat anak pertama. Hihi.

Bekas pesakit yang ada masalah kulit / parut
- Replace the dead skin and mengurangkan kesan parut dan kulit kasar.

Orang yang mempunyai masalah tidur 
- Collagen bagus untuk orang yang ada masalah tidur. Kolagen ni akan membantu anda supply collagen material in the first sleep cycle. Normal sleep cycle adalah 90 minutes.

Orang yang mudah sakit
- Improve the metabolism

And, collagen ni juga bagus untuk tumbesaran bayi. Dan jangan lupa, Collagen juga boleh didapati dengan banyak dalam baby. So, memang ada collagen yang di ambil dari bahagian badan baby yang dibunuh (digugurkan). So, untuk precaution, sila dapatkan kolagen yang asli ya.


Kredit : theotherkhairul
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Kita Pecah All Rights Reserved By FathiPutera