Followers

Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Aznil Terima Pingat Johan Setia Mahkota

on Wednesday, November 14, 2012



Aznil Terima Pingat Johan Setia Mahkota : Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke -50 tahun, pengacara popular negara, Aznil Hj Nawawi telah dikurniakan pingat Johan Setia Mahkota (JSM) oleh DYMM Yang Dipertuan Agong, Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

“Sekecil mana anugerah yang diberikan kepada saya, ianya satu benda yang amat saya hargai. Saya bersyukur kerjaya saya telah dipandang dan dihargai serta dikenan oleh Agong,.

“Sekitar tahun 2008, saya telah dikurniakan anugerah Johan Mahkota Wilayah. Sekarang ini, pingat JSM pula. Kedua-dua pingat ini sangat bermakna buat saya. Apatah lagi, ia dikurniakan serentak dengan hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-50,” katanya kepada wartawan kelmarin.

Apa yang lebih mengharukan Aznil apabila pihak pengurusan Astro turut mengadakan majlis hari jadi buatnya yang dianjurkan secara mengejut hingga dia hampir menitiskan air mata.

“Semasa saya dihantar Astro ke Afrika Selatan minggu lalu untuk menjadi pemerhati program Fear Factor, mereka telah mengadakan sebuah majlis hari jadi secara mengejut untuk saya di sana.

“Hari ini pula, selepas saya terima anugerah, saya dikejutkan pula dengan sambutan dengan majlis hari jadi yang begitu meriah sekali,” ujarnya yang kini memegang jawatan sebagai Naib Presiden dan Ketua Ambossador Astro.

Aznil dalam pada itu turut mengakui dia terkejut apabila mendapat tahu pembantu rumahnya telah melarikan diri ketika dia berada di Afrika Selatan.

“Waktu saya dapat tahu berita ini, saya rungsing dan tidak tentu arah. Namun, saya bersyukur kerana ibu saya tidak mengalami sebarang masalah atau pun cedera. Saya berharap pembantu itu warga Indonesia itu dapat diberkas dengan segera.

“Setakat ini, saya masih belum menerima sebarang laporan sama ada pembantu rumah itu dapat ditangkap atau pun tidak,” jelasnya.

Shila Amzah di HotFM, EraFM, MyFM, SinarFM & MHI

on Saturday, September 29, 2012

Shila Amzah di HotFM, EraFM, MyFM, SinarFM & MHI TV3

Himpunan gambar-gambar Shila Amzah memenuhi undangan temubual di radio dan TV.. Ini diantaranya.. Semuanya selepas Shila balik dari pertandingan Asian Wave Shanghai 2012..






Kredit to :- erazfadli.com

Zed Zaidi | SENIMAN Iktiraf Kejayaan Shila Amzah di Asian Wave Shanghai 2012

on Thursday, September 27, 2012

Zed Zaidi | SENIMAN Iktiraf Kejayaan Shila Amzah di Asian Wave Shanghai 2012


Zed Zaidi bersuara lagi.. Tetapi kali ini sesuatu yang positif.. Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berbangga dengan pencapaian yang diperoleh Shila Amzah menerusi pertandingan Asian Wave 2012,  berjanji bakal menganjurkan suatu acara yang istimewa khusus untuknya..

"Insya-Allah, saya bersama Seniman memang ada merancang sesuatu untuk mengiktiraf kejayaan Shila.. Mengikut perancangan, sebuah majlis istimewa itu akan diadakan pada bulan November nanti.. Kami akan mengiktiraf Shila sebagai perintis artis muda serta mahu memberikan sumber inspirasi dan motivasi kepada artis yang lain. Ia juga sedikit sebanyak dapat menghargai jasa dan sumbangan Shila pada pertandingan itu.."

"Sebenarnya, artis kita banyak memberikan sumbangan kepada negara.. Bukan hanya ahli sukan saja.. Apabila atlet berjaya di peringkat antarabangsa, pelbagai imbuhan yang diterima mereka.. Lihat saja apa yang diterima Dato' Lee Chong Wei dan seangkatan dengannya.. Tetapi ianya tidak berlaku kepada artis tempatan telah mengharumkan nama negara.. Kementerian ada bagi apa-apa ke? Di sini, saya lihat ada berlakunya sedikit pilih kasih.. Kami seperti dianaktirikan mereka.. Jadi, saya tidak mahu mendiamkan diri saja dan perkara ini perlu diselesaikan dengan segera.. Saya mahu artis kita turut dipandang tinggi masyarakat. Jangan hanya menggunakan artis bila diperlukan saja.."

"Setakat ini, saya belum ada kesempatan untuk memberitahu Shila mengenai hasrat Seniman.. Bagaimanapun, kami telah merancang untuk mengadakan majlis ini di hotel JW Marriot.. Majlis ini juga bersesuai dengan penghijrahan Shila yang sudah berhijab sekaligus mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa.." Zed Zaidi

Sumber : Murai.com

(3 GAMBAR) Tibanya Juara Asian Wave 2012, Shila Amzah di KLIA Sepang

(3 GAMBAR) Tibanya Juara Asian Wave 2012, Shila Amzah di KLIA Sepang




“1Malaysia memang sesuai dengan persembahan saya pada hari itu.. Ia persembahan yang berwarna-warni. Malaysia memang berwarna-warni, itulah rasa rasa.. Saya rasa sungguh bertuah memenangi pertandingan ini dan bersyukur dengan bakat yang dianugerahkan kepada saya.."

"Saya mendapat beberapa tawaran daripada China, tapi keputusan muktamad mengenainya akan diumumkan kemudian.. Dalam dunia ini, apa jua pekerjaan, kita jangan pernah putus asa.. Walaupun kadangkala perlu menunggu untuk satu tempoh yang lama, namun apabila kejayaan dapat dikecapi, ia amat berbaloi.. Bila kita beri gambaran ini (keharmonian kaum) mereka sangat kagum dengan pencapaian negara ini.." - SHILA AMZAH yang pernah belajar di sekolah Cina hingga darjah dua..

Sumber : SINAR HARIAN




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Kita Pecah All Rights Reserved By FathiPutera