Followers

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Apa Itu Kolagen Dan Kenapa Perempuan Nak Sangat Benda Ni?

on Wednesday, October 31, 2012



Hello gadis-gadis yang kekurangan kasih sayang sekalian. What's up?

Jika anda semua perasan, produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia (dan dunia) sebenarnya mengikut trend. Kalau dulu, untuk cantik semua pergi Yoga. Lipat kaki sana lipat kaki sini, puff badan jadi mantap. And then, selepas itu, kalau nak cantik lagi, pakai produk dari dR Rozmey. Minum beberapa gelas produk dR, badan akan jadi slim macam anak dara. Dan selepas itu, trend berubah kepada produk Herbalife. Shake-shake-shake dan anda kan mendapat result yang menawan hati. Tiga cara di atas memang terbukti bagus untuk kesihatan. Tapi rakyat Malaysia ni pesen mudah bosan. And bila dia bosan dengan produk dan cara tertentu, dia akan berubah ke produk yang lain.

Yang terbaru, trend di Malaysia (Mahupun dunia) adalah kolagen (Collagen). Actually, kolagen ni benda yang lama. Amat lama. Cuma, bila aku buka mata sikit, aku nampak orang di sekeliling aku dah mula bercakap pasal kolagen.

The Question is, Apa Itu Kolagen Dan Kenapa Perempuan Sanggup Beli Kolagen yang Mahal?

Well, kita semua tahu yang gegirl ni pesen nak nampak cantik dan mantap je setiap masa. Maklum la, bagi mereka kecantikan itu sumber keyakinan diri. Kalau nampak ada gadis lain yang lagi cantik dari dia, mesti dia jeles. Bila dah jeles tu, faham-faham la. Sure akan jadi drama ye tak? Sebab tu perempuan banyak drama. Haaa.

Untuk pengetahuan anda, bila seseorang itu (gadis atau jejaka) meningkat dewasa, banyak protein yang ada dalam kulit mula hilang. Bila dah hilang, kulit akan mula menjadi kedut dan bewarna kusam. So, apa kena mengena dengan kolagennya? Well, kolagen sebenarnya adalah sejenis protein yang ada pada kulit. Boleh dikatakan 80% dari kulit-kulit kita mengandungi kolagen. But apa akan jadi kalau kulit kekurangan kolagen tertentu? Well, anda akan jadi tua.


Sebab itu lah ada makcik-makcik yang pakai kolagen akan kata "Kolagen ni kasi awet muda wehh". Sebenarnya, kolagen ni umpama refill. Kolagen adalah protein yang terdapat dalam kulit. So, bila anda ambil supplement yang berunsurkan kolagen, ianya membuatkan kulit anda nampak cerah dan tak kedut sebab dia dah ganti protein yang dah hilang / kurang. Bila dah cerah dan tak kedut, korang akan nampak makin muda la kan? Itu je yang berlaku sebenarnya.

Siapa yang Patut Makan dan Guna Produk Kolagen?

Pelajar (Perempuan dan lelaki)
- Kolagen bagus untuk sesiapa yang ada masalah mudah lupa. Like me and Lefsak.

Artis / celebrity
- Semua manusia sukakan model / artis yang berkulit cantik. Admit it. Dan Shila Amzah ada produk kolagen dia sendiri. Ning Baizura juga kalau tak silap.

Mangsa kebakaran 
- Kolagen amat diperlukan untuk replace semula semua kulit yang dah terbakar / melecur.

Lelaki dan Wanita yang nampak tua (Or orang yang makin tua)
- Seseorang itu akan nampak tua bila kulit dia dah start berkedut dan jadi kusam kan? You will need this kolagen untuk counter masalah kulit yang berkedut dan rosak.

Perempuan yang baru lepas bersalin
 - Make sure your husband tak lari selepas dah dapat anak pertama. Hihi.

Bekas pesakit yang ada masalah kulit / parut
- Replace the dead skin and mengurangkan kesan parut dan kulit kasar.

Orang yang mempunyai masalah tidur 
- Collagen bagus untuk orang yang ada masalah tidur. Kolagen ni akan membantu anda supply collagen material in the first sleep cycle. Normal sleep cycle adalah 90 minutes.

Orang yang mudah sakit
- Improve the metabolism

And, collagen ni juga bagus untuk tumbesaran bayi. Dan jangan lupa, Collagen juga boleh didapati dengan banyak dalam baby. So, memang ada collagen yang di ambil dari bahagian badan baby yang dibunuh (digugurkan). So, untuk precaution, sila dapatkan kolagen yang asli ya.


Kredit : theotherkhairul

Hantaran Tinggi Punca Lelaki Banyak Hutang?

on Sunday, September 30, 2012




Hantaran Tinggi Punca Lelaki Banyak Hutang?

KUALA LUMPUR, 16 Sept — Amran (bukan nama sebenar), berusia 25 tahun, tinggal di perumahan rumah pangsa di Vista Angkasa, Kuala Lumpur baru melangsungkan perkahwinan dengan isterinya kira-kira setahun lalu.

Namun begitu, hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi menyebabkan beliau kini berhutang hampir RM25,000 dan diburu oleh ‘Ah Long’.

“Saya tidak ada banyak pilihan,” jelas Amran seorang penyelia kilang di Petaling Jaya yang hanya memperoleh gaji RM1,500 sebulan.

“Tiap-tiap bulan saya terpaksa menghabiskan lebih dari separuh gaji saya hanya untuk membayar hutang.

“Puncanya, keluarga sebelah isteri saya meletakkan hantaran sebanyak RM12,000 kerana isteri saya seorang graduan diploma di universiti tempatan, dan termasuk belanja kahwin dan kenduri, semuanya berjumlah RM25,000.

“Jadi dengan pendapatan saya yang berjumlah RM1,500, dengan tolak bayaran sewa rumah dan ansuran kereta, saya tidak mampu untuk menanggung hutang sebegini,” kata Amran lagi.

Dalam adat perkahwinan Melayu - Islam di Malaysia, terdapat dua jenis hantaran iaitu mas kahwin dan hantaran perkahwinan.

Mas kahwin, juga dikenali sebagai ‘wang belanja tubuh’, telah ditetapkan oleh jabatan agama Islam peringkat negeri, berbeza dengan hantaran perkahwinan.

Bayaran mas kahwin ini diwajibkan dalam agama Islam, manakala hantaran perkahwinan pula bersifat adat resam dan tidak ada kewajiban untuk membayarnya.

“Hantaran perkahwinan inilah yang membebankan orang ramai dari perkahwinan,” menurut Azri Mukhris, 27 tahun, seorang yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

Kata Azri, beliau dan pasangannya terpaksa mengikat perut sejak tahun lalu bagi memastikan mereka dapat berkahwin sebelum hujung tahun ini.

Ini kerana tekanan masyarakat itu sendiri menyebabkan ahli keluarga terpaksa meletakkan harga sedemikian.

“Semasa upacara merisik, kami membincangkan tentang harga hantaran, memandangkan pasangan saya merupakan seorang graduan ijazah sains, maka harganya lebih tinggi.

“Jadi sebab itu, mahu tidak mahu, saya perlu menyimpan agar dapat menyempurnakan majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada hujung tahun ini,” kata Azri lagi.

Bila ditanya berapa harga hantaran perkahwinan, Azri enggan memberi jumlah keseluruhannya.

“Apabila berkahwin ni, banyak komitmen yang perlu diberikan, antaranya perlu membayar hutang membeli rumah, membeli kereta, kemudian pinjaman peribadi untuk melangsungkan perkahwinan, dan beberapa tahun lagi apabila sudah mempunyai anak, kena membeli persiapan untuk kelahiran anak pula.

“Belum lagi apabila anak itu sudah membesar dan sudah mula bersekolah,” kata Azri lagi.

Masalah kewangan dan kos sara hidup yang tinggi dikenal pasti sebagai punca utama kes perceraian pasangan muda di ibu kota.

Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali, berkata kebanyakan pasangan muda yang berusia 30 tahun ke bawah bercerai kerana kurang persediaan dalam memikul tanggungjawab berumah tangga terutama membabitkan soal kewangan.

Biasanya pasangan terbabit adalah mereka yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru.

Mereka khususnya suami tidak bersedia dalam aspek kewangan, lebih-lebih lagi sara hidup yang tinggi di ibu kota berbanding pendapatan yang mereka peroleh.

Menurut kenyataannya kepada Berita Harian hari ini, bilangan kes perceraian di ibu kota yang direkodkan JAWI turun secara mendadak apabila sehingga Julai tahun ini hanya membabitkan 64 kes berbanding 1,828 kes sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata, pasangan yang berkahwin di ibu kota setiap tahun dianggarkan 20,000 orang dengan kira-kira 10,000 orang adalah golongan muda.

Tujuh tahun pertama usia perkahwinan adalah tempoh paling kritikal kerana hampir 28 peratus perceraian berlaku dalam jangka waktu berkenaan.

Kebanyakan kes perceraian dalam tempoh itu pula membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah,” katanya.

Statistik dalam laman web Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat mencatatkan penceraian pada tahun 2011 telah menurun iaitu 27,355 kes berbanding tahun 2010 iaitu 28,035 kes.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, kadar itu masih membimbangkan biarpun penurunan sebanyak 2.5 peratus.

Dr. Mashitah berkata, Selangor mencatatkan jumlah perceraian paling tinggi iaitu sebanyak (4,409 kes), diikuti Johor (3,021 kes) dan Kelantan (2,429 kes).

Hadzrien (bukan nama sebenar), 26 tahun, bercerai dengan isterinya yang tiga tahun lebih muda berkata, masalah kewangan adalah punca perceraian dia dan isterinya.

“Saya telah berkahwin dengan bekas isteri saya setahun yang lalu, tetapi oleh kerana belanja perkahwinan yang tinggi, disamping masalah kewangan serta pinjaman bank terlalu tinggi menyebabkan saya terpaksa bercerai dengannya.

“Saya telah cuba berjimat cermat, tetapi tuntutan kehidupan di kota yang mahu perbelanjaan yang tinggi menyebabkan saya tidak mampu untuk menanggung isteri saya lagi, lalu kami membuat keputusan untuk bercerai,” kata Hadzrien lagi.

Katanya, pinjamannya yang berjumlah hampir RM20,000 itu terlalu sukar untuk dibayar, hinggakan dia terpaksa menjual kereta Proton Satrianya.

“Walaupun sudah bercerai, namun beban untuk membayar hutang bank akibat wang hantaran tinggi dahulu masih lagi perlu saya bayar.

“Perkahwinan sepatutnya menjadi masa yang terindah, tetapi kerana pinjaman serta kadar bunga tinggi, kerana hantaran perkahwinan yang tinggi menyebabkan ia menjadi azab dalam hidup saya,” kata Hadzrien lagi.


Sumber :- www.zuarxpdc.com

Siapakah George Soros Dan Krisis Kewangan Malaysia 1997

on Thursday, September 27, 2012


Siapakah George Soros Dan Krisis Kewangan Malaysia 1997 ?


Krisis kewangan yang melanda Asia bermuda pada julai 1997. George Soros merupakan spekulator mata wang. Perdana menteri Malaysia telah menyebut beliau sebagai antara penyangak mata wang dunia yang berniat jahat untuk memporak-perandakan ekonomi negara-negara miskin dan sedang membangun khususnya Asean. Beliau dan konco-konconya yang menguasai pengurusan dana asing yang besar berpakat menyerang pasaran Asean bagi menyekat kelahiran ekonomi yang bakal mengaum dipasaran antarabangsa. Serangan mereka tidak terhad di Asean sahaja. Mereka mempunyai strategi untuk menyerang Hong Kong, dan kemudiannya menyekat kemaraan China sebagai gergasi ekonomi di rantau Pasifik.

George Soros ni cuba jatuhkan Ekonomi Malaysia dengan menjatuhkan nilai mata wang ringgit ketika Tun M menjadi PM Malaysia. Dengan kepintaran Tun M berjaya mengawal ekonomi Malaysia tanpa meminjam wang daripada Bank Dunia, ketika itu Anwar Ibrahim menjadi menteri kewangan mencadangkan Malaysia meminjam daripada Bank Dunia.

  # adakah Soros masih cuba untuk mnjatuhkan ekonomi Malaysia pada hari ini ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Kita Pecah All Rights Reserved By FathiPutera