Followers

Udang Kara 3 Penyepit Tarik Perhatian

on Tuesday, September 25, 2012



LONDON: Seekor udang kara menarik perhatian ramai apabila ia mempunyai tiga penyepit, lapor media semalam. Udang itu kini dipamerkan di sebuah restoran di restoran Jacksons, Newton Abbot, selepas ditangkap baru-baru ini.

 Udang seberat 1.4 kilogram itu diberi nama Claws kerana keunikan penyepit ketiga itu. Pengarah restoran Jacksons, Matthew Endacott, berkata sepanjang tempoh 20 tahun berkecimpung dalam bisnes itu, dia tidak pernah bertemu udang sebegitu. “Apabila keunikan Claws tersebar, semakin ramai orang datang ke sini, terutama kanak-kanak,” katanya.
 Endacott berkata, walaupun unik, Claws akan dijual. “Claws akan dijual dan dimakan. Nampaknya pembeli Claws akan mendapat daging penyepit tambahan,” katanya. – DM

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Kita Pecah All Rights Reserved By FathiPutera