Followers

Anugerah Blokbuster: Ombak Rindu Bakal Filem Terhebat?

on Saturday, October 6, 2012



KUALA LUMPUR, 6 OKT 2012: Filem mana yang bakal dinobatkan sebagai Fielm Terhebat Anugerah Blokbuster pada malam ini? Pengarah mana yang bakal mana diangkat sebagai Tuan Direktor Terhebat? Dan, siapakah yang bakal menjadi Aktor Dan Aktres Terhebat dalam malam kemuncak anugerah yang julung-julung kali dianjurkan Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem (PFM) ini.

Semuanya akan diketahui dalam Malam Kemuncak Anugerah Blokbuster yang akan bersiaran secara langsung dari Stadium Bukit Malawati, Shah Alam menerusi saluran Astro RIA pada malam ini, bermula jam 9 malam.

Apa yang pasti, penonton sendiri yang akan menentukan siapa yang layak menang kerana anugerah ini memberi peluang kepada mereka untuk menjadi juri sepenuhnya menerusi undian 50 peratus secara sms dan 50 peratus lagi secara online.

Undian secara sms dan secara online bagi kesemua 13 kategori yang dipertandingkan masih lagi dibuka sehinggalah bermulanya malam kemuncak anugerah ini yang membawakan tema Letusan Blok Warna ini nanti.

Apa yang menarik, sehingga ke saat ini kedudukan jumlah undian secara online yang diperolehi bagi setiap kategori di dalam anugerah ini sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa. kalau melihat pada kategori Filem Terhebat, nyata ianya diungguli filem yang diadaptasi daripada novel iaitu Ombak Rindu arahan Osman Ali.

Malah, Ombak Rindu menggandingkan Aaron Aziz dengan Maya Karin dan Lisa Surihani sebagai teraju utamanya ini tidak berupaya ditandingi filem-filem lain.

Misalnya, KL Gangster , Hantu Bonceng, Sekali Lagi, Cun, Karak, Bini_biniku Gangster, Hikayat Merong Mahawangsa, Nur Kasih The Movie serta Papa I Love You.

Namun, KL Gangster rahan SyamSul Yusofberjaya meraih tangga yang kedua, diikuti dengan Karak (arahan Yusry Abdul Halim), Merong Mahawangsa (arahan Yusry Abdul Halim) dan Sekali Lagi (arahan Hashim Rejab).

Ironinya, biarpun Ombak Rindu menjadi pilihan penonton untuk kategori Filem Terhebat, namun undian yang tertinggi tidak berpihak pula pada pengarahnya bagi kategori Tuan Direktor.

Sebaliknya, kategori ini didominasi oleh Yusry Abdul Halim untuk filem Hikayat merong Mahawangsa, diikuti dengan Syamsul Yusof (filem Kl Gangster) dan Yusry Abul Halim sekali lagi untuk filem Karak.


Apapun, kedudukan untuk kesemua 13 kategori yang dipertandingkan termasuklah Filem Terhebat dan Tuan Direktor Terhebat ini mampu berubah pada saat akhir kerana undian secara online masih diteruskan di laman rasmi anugerah ini iaitu www.anugerahblokbuster.com.my juga melalui pesanan ringkas (SMS).

Namun, untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori, undian akan dikira berdasarkan 50 peratus undian secara online dan 50 peratus lagi undian secara SMS.

Semua keputusan undian bagi setiap kategori akan diumumkan pada Malam Kemuncak Anugerah Blokbuster yang akan disiarkan secaa langsung eksklusif di Astro RIA pada malam ini, bermula jam 9 malam.

Anugerah Blokbuster turut menyediakan satu lagi anugerah iaitu Anugerah Istimewa PFM untuk karyawan terpilih.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Kita Pecah All Rights Reserved By FathiPutera